Sedutan Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 29 March 2007 di Kulai, Johor
Search This Blog
15 October, 2008
14 October, 2008
Tun Dr Mahathir - Perjuangan Yang Belum Selesai
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
Tun Dr Mahathir Mohamad - Melayu Jangan mudah lupa lagi !!!
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
---------------------------------------- ----
"Melayu mudah lupa" merupakan kata kata hikmat mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,yang akan tersemat dalam sanubari sebahagian besar Bangsa Melayu. Peringatan ini diluahkan melalui persembahan sajak oleh Presiden UMNO itu sendiri semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001, untuk menyedarkan bahawa sifat negatif ini wujud dalam sistem orang Melayu agar sentiasa beringat, sedar keadaan mereka dan tidak cepat dan mudah selesa.
Hari ini, peringatan hikmat ini mempunyai makna baru. Hari ini, peringatan hikmat ini membawa konnotasi bahawa orang orang Melayu mudah alpa kepada jasa jasa orang lain keatas mereka, walaupun jasa jasa itu begitu besar dan dalam kesanya.
Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dari 17 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan dalam sejarah, merupakan pemimpin paling lama berkhidmat dijawatan tertinggi Negara itu. Dalam tempoh kepimpinan itu, begitu banyak perubahan dan pembangunan dilaksanakan untuk orang orang Melayu dan begitu ramai pemimpin pemimpin dikalangan orang orang Melayu diberikan peluang, sehingga mencapai ke peringkat tertinggi, terutama melalui UMNO.
23 September, 2008
Anwar challenges PM and DPM to debate on fuel prices
Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged the Prime Minister and Deputy Prime Minister to a live debate on July 15 to discuss how to tackle the oil crisis and reduce petrol and diesel prices.
Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek in Petrol Price debate (8 of 8)
Anwar Ibrahim - "Di antara negara pengeksport minyak harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi"
Shabery Cheek - "Pada waktu sekarang, Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab mengapa kita nak menentang"
Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek in Petrol Price debate (7 of 8)
Soalan Moderator Johan Jaffar - "Dato Seri, rasanya tak perlulah menjadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tak sumbangkan ide bernas untuk tujuan itu pada masa ini tanpa perlu, misalnya cakap-cakap untuk menukar kerajaan?"
Anwar Ibrahim "Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk pakatan rakyat. Kalau cadangan ini diterima dilaksanakan kami akan menyokong tindakan mereka. Tapi soalnya sekarang adalah adakah persediaan pemimpin-pemimpin kerajaan dengar dan sedia melaksanakan."
Shabery Cheek - "..kita akan membebankan negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sehat"
Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek in Petrol Price debate (6 of 8)
Anwar Ibrahim - "Betul IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan ...Saudara boleh semak surat Tan Sri Ani Arope TNB ..dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan dia bercanggah dengan keputusan EPU dan Perdana Menteri ketika itu. Saudara boleh semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Irtu sebabnya Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB."
22 September, 2008
Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek in Petrol Price debate (5 of 8)
Soalan Cepumas:
Anwar Ibrahim- "Mengapa gunakan media - termasuk media rasmi yang sebagai amanah, memutarbelitkan kenyataan kita, kenyataan kita ialah mengapa kenaikan begitu mendadak dan membebankan, dan mengapa tidak mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan beban rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan"
Shabery Cheek - "Susah kita nak mengubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana sebahagian daripada kontrak itu dipertahankan sewaktu saudara anwar berada dalam kerajaan."
12 September, 2008
Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek in Petrol Price debate (3 of 8)
| | help center | e-mail options | report spam |
| xfactor21a has shared a video with you on YouTube: Anwar's repartee ..kerana petronas ni milik dan khazanah negara berhak untuk rakyat. soal pendekatan populis atau tidak.., kita dalam pemerintahan ni nak jaga siapa? nak jaga towkay besar dan kroni atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua! PKR de facto leader Anwar Ibrahim and Information Minister Shabery Cheek participated in a historic debate which was carried live on TV tonight. | |
| © 2008 YouTube, LLC | |
Pak Lah's Response to Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008
Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008 5/5
Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008 4/5
Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008 3/5
Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008 2/5
Tun Dr Mahathir's Speech at MYKMU forum on 1 April 2008 1/5
Part 1 of a 5 part speech.
The Star Online: Nation
Din Merican: the Malaysian DJ Blogger
Che Det
rocky's bru
Anwar Ibrahim
SANG KELEMBAI
Sassy MP
Malaysiakini
BarkingMagpie
Labels
- Anwar Ibrahim (15)
- Azmin Ali (2)
- Badrul Amin (1)
- ceramah (2)
- Charles Santiago (1)
- DAP (8)
- Debat (9)
- Debate (9)
- Dr Asri (2)
- Dr Masyitah (1)
- Elizabeth Wong (1)
- Ezam (1)
- Gobind Singh (1)
- Hannah Yeoh (2)
- Hindraf (1)
- Husam Musa (1)
- Indonesia (9)
- Karpal Singh (1)
- Khairi Jamaludin (2)
- Khalid Ibrahim (1)
- KJ (2)
- KuLi (4)
- Lee Kuan Yew (2)
- Lim Guan Eng (1)
- Lim Kit Siang (1)
- Loh Gwo Burne (1)
- Mahathir (18)
- Malay (15)
- Malaysia (14)
- MCA (1)
- Melayu (14)
- MIC (2)
- Mufti Perlis (2)
- Mukhriz Mahathir (5)
- najib (3)
- Nik Abdul Aziz (2)
- Nurul Izah (1)
- Ong Ka Ting (1)
- Onn Jaafar (1)
- Pak Lah (12)
- PAP (2)
- Parti Keadilan (24)
- PAS (3)
- Pemuda (7)
- Pidato Perdana (14)
- PKR (24)
- Politics (13)
- Politik (11)
- Proclamation of Independence (2)
- Saifuddin Nasution (1)
- Samy Vellu (2)
- Sardon (1)
- Senu Abdul Rahman (1)
- Shabery Cheek (9)
- Singapore (2)
- Sivarasa (1)
- Soekarno (9)
- Tengku Razaleigh (4)
- Teresa Kok (1)
- Tian Chua (1)
- Tun Abdul Razak (1)
- Tunku Abdul Rahman (3)
- UMNO (43)
- Waythamoorthy (1)
- Zaid Ibrahim (1)